Wednesday 14 November 2012

Nota 1


Nota 1

Kata Hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan

perkataan dengan perkataan, rangkai kata dengan rangkai kata,

dan ayat dengan ayat.

Contoh kata hubung dan contoh ayat.
1. dan
- Azmin dan Azmah ialah saudara kembar.
- Ibu membeli ikan dan sayur di pasar tani.

2. atau
- Kamu suka warna merah atau warna putih?
- Kamu akan bertolak hari ini atau esok?

3. sambil
- Kakak menyiram pokok bunga sambil bernyanyi.
- Abang berenang sambil menyelam.

4. lalu
- Aiman membuka kasut lalu masuk ke dalam rumah.
 - Dia bangun lalu menutup tingkap biliknya.

5. kerana
- Adik menangis kerana kakinya luka.
- Adila tidak hadir ke sekolah kerana demam.




4 comments:

  1. blog ini amat membantu adik saya..terima kasih cikgu. :)

    ReplyDelete
  2. Syabas, nota yang dipaparkan oleh cikgu mudah dan sesuai untuk murid-murid...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.Semoga apa yang dipaparkan memberi manfaat kepada pengunjung

      Delete